Sebelum ni ada bertanya, "Bagaimana awak boleh pergi sejauh ini"?. Sejauh macam mana tu? Apabila sudah di terangkan barulah saya mengerti. Apa yang dimaksudkan ialah bagaimana saya boleh berubah menjadi seperti ini.
Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, alhamdulillah saya masih sempat untuk mecari jalan keluar dan mengikut arah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Jalan yang saya maksudkan ialah jalan yang membawa saya ke sebuah kehidupan yang lebih bermakna. Jalan yang membawa saya ke tempat yang benar tanpa perlu saya ragu2.
Keduanya, seperti manusia biasa saya juga pernah mempunyai kisah silam yang sangat pahit. Kisah di mana banyak mengajar saya dan memberi pengajaran kepada saya di samping menyedarkan saya pada saat2 akhir. Saya bukanlah seorang manusia yang pada mulanya tahu tentang ilmu agama. Saya bukan seorang yang arif berkenaan ilmu agama. Saya seorang yang sangat daif berkenaan ilmu agama. Astaghfirullahalazim.
Tetapi, hidayah Allah itu sangat istimewa. Hadirnya tanpa disedari. Hadirnya membawa cinta hakiki dariNya. Tamat sahaja latihan saya sepanjang di PLKN, saya pulang ke rumah dengan hati yang tenang. Dalam hati berkata, mari kita mulakan kehidupan baharu. Saat itu terpandang sehelai tudung yang diberikan oleh ayah yang tercinta. Di mana tudung itu ayah belinya semasa ayah mengerjakan umrah. Hati tergerak untuk memakainya tetapi pada masa yang sama terfikir apa kata mereka.
Ahh, kita abaikan apa orang nak kata, yang penting hati kita ikhlas. Benar, saat pertama kali saya berubah, ada yang puji, ada yang hina, ada yang perli. Tetapi, Allah itu Maha Memahami, Allah sabarkan hati ini, Allah kuatkan diri ini untuk meneruskan niat yang satu itu. Alhamdulillah, keluarga juga menyokong dan terus memberi nasihat serta sokongan dari belakang. Sedikit demi sedikit, saya mula suka mendengar ceramah agama. Saya mula membeli buku berkaitan agama. Saya muka mendekat diri dengan mereka yang membawa saya ke arah yang benar. Lama kelamaan, ia menjadi sebati dalam diri ini. Panas tidak saya hiraukan kerana panasnya hari akhirat lagi tidak terkata. Susahnya untuk menjadi yang terbaik, tetapi selagi dirimu berusaha, Allah ada bersama sama membantu mu.
Kisah saya bermula dengan hanya sehelai tudung dari Mekah. Dan ia merupakan pemberian orang yang paling istimewa. Saya pasti setiap orang ada kisah mereka tersendiri. Bagaimana sekalipun yang penting tahniah dan alhamdulillah anda sudah pergi sejauh ini. Nasihat saya bagi mereka yang ikhlas ingin berubah, tetapkan niat kerana Allah dan jangan pernah berpatah balik. Teruskan mendaki sehingga anda jumpa jalannya. Insya Allah.
Ini kisah saya, kisah anda pula bagaimana? :) Semoga panjang umur kita berjumpa lagi di lain warkah. Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment