Wednesday, 6 May 2015

Keluarga atau kemewahan?

Assalamualaikum, dah lama tak update blog ni. Last update pun beberapa minggu yang lepas. Bukan apa, cuma agak sibuk beberapa minggu ni. Nak kena siapkan semua assignment dan minggu final exam pun sudah menghampiri. Jadi, masa yang ada diisi dengan persiapan untuk menghadapi hari-hari penting itu. Hehe.

Okay, hari ni ama nak share satu cerita ni. Actually, cerita ni berkenaan dengan kawan sekelas ama. Tetapi bukan pasal dia yang ama nak share kan. Cerita yang ama nak kongsi hari ni berkenaan dengan apa yang dia sampaikan di dalam kelas beberapa hari yang lepas.

Pada hari khamis yang lepas-lepas, ama menghadiri kelas seperti biasa dimana aktiviti pada hari itu ialah "one minute speech". Dalam aktiviti ini, kami diminta untuk mencabut satu kertas dan menceritakan tentang tajuk yang kita dapat itu dalam masa 1 minit. Sampailah pada giliran kawan ama ni, (lelaki, nama dirahsiakan, hehe), tajuk yang dia dapat ialah "Me in 10 years". 

Pada mulanya dia bercerita seperti biasa, nak kerja bagus-bagus, nak beli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Setiap manusia juga menginginkan benda yang sama. Tak terlepas juga pada ama. Tetapi apa yang menarik pada cerita dia ialah, bila dia mula menceritakan kisah orang pada zaman-zaman terdahulu dengan zaman ini. Apa yang berada di fikiran kita bila teringat tentang orang zaman dahulu kala? Segalanya biasa sahaja. Tidak terlalu mewah. Tetapi cuba kita bezakan dengan orang zaman sekarang. Adakah kita nampak perbezaannya? Atau terlalu ketara sehingga kita tidak mampu nak menyatakannya??

Berdasarkan apa yang diceritakan oleh kawan ama ni, orang zaman ini lebih mengejarkan kemewahan berbanding dengan hubungan sesebuah keluarga. Betulkah begitu? Ama sendiri pernah melihat perkara sebegini. Terlalu ramai orang disekeliling kita yang melakukan perkara sebegini tanpa kita sedar. Mereka lebih pentingkan kemewahan sehinggakan sanggup bercakaran sesama keluarga. Kawan ama juga ada mengatakan bahawa orang zaman dahulu lebih mementingkan keluarga. Itulah kebahagiaan sebenar mereka. Bukan kemewahan.

Ama sedar, zaman kita ini semuanya melibatkan dengan wang ringgit. Even nak masuk tandas pun kena bayar. Inikan pula kita ingin melakukan perkara lain. Ama tidak maksudkan supaya kita tidak mencari rezeki itu, tetapi apa yang ama maksudkan ialah orang yang sanggup menghancurkan sesebuah hubungan kekeluargaan hanya kerana wang ringgit. Nak bawa mana semua tu? Andai kata kita meninggal dunia sekalipun, bukan kita boleh bawa semua itu. Bolehkah bawa bersama??

Antara keluarga dan kemewahan? Mana satu pilihan kita? Bahagiakah kita kalau hanya memilih kemewahan? Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari. Ama kongsikan cerita ini juga berdasarkan pengalaman yang pernah ama hadapi dengan orang sebegini. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya. 

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Lebih-lebih lagi kita yang masih mempunyai keluarga ini. Harta kemewahan itu rezeki Allah. Allah berhak memberinya kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Kita sebagai hambanya hanyalah perlu bersyukur dan menjalani segala suruhanNya. Ambillah semua ini sebagai pengajaran buat kita. Jangan sampai, kita kehilangan orang yang tersayang. 

Sampai disini sahaja, ama mohon maaf andai ada yang terasa. Niat ama ikhlas untuk menegur. Tidak terlepas juga buat diri ama dan keluarga ama. Salam sayang dari saya, Nur Amalina Zaini ;')

0 comments:

Post a Comment

 

NUR AMALINA ZAINI Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates