Wednesday, 2 July 2014

Plkn? Awesome !! Part 1

Assalammualaikum dan selamat pagi dunia. Alhamdulillah, kita masih bernafas pada hari ini dan dapat menjalani ibadah puasa hari yang ke 5. Bersyukur pada Allah S.W.T.

Pada pagi yang indah ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman saya selama saya berada di plkn dalam masa tidak sampai 3 bulan. Pada mula2 sekali saya dapat tahu saya dipilih untuk menyertai program latihan khidmat negara ni, berbagai perasaan yang saya rasa. Takut, sedih, gelisah, dan pada masa yang sama sedikit teruja. Saya dapat pula kump 1. Saya menangis sepuas puasnya. Sedangkan saya tahu dengan saya menangis pun tetap tidak boleh ubah segalanya. Perasaan saya sangat2 sedih, apatah lagi setelah mendapat tahu bahawa tiada seorang pun daripada kawan sekelas saya yang dapat kump 1 bersama saya.

Saya mula bayangkan pelbagai perkara ketika disana. Hurm. Tetapi atas dorongan dan sokongan dari ahli keluarga sedikit sebanyak membantu saya untuk menempuhi segalanya. Saya mula berfikir positif dan mungkin ada hikmah saya dipilih untuk sertai plkn ini. Beberapa hari kemudian, surat pun sampai dan ini bermakna ia sebuah realiti. Realiti yang membuatkan saya tidak dapat lari darinya. Segala persiapan dilakukan. Perasaan saya tetap sama. Sama ada suka atau tidak suka. Saya sendiri kurang pasti.

Kini, harinya pun tiba. Saya ditempatkan di plkn Karisma, Kuala Pilah. Pertamanya saya bersyukur kerana tidak jauh dari keluarga. Keduanya saya sedikit gentar, kerana plkn Karisma jauh terperosok di dalam hutan. Pada hari itu, saya diminta menaiki bas dari Stadium Paroi. Di saat meninggalkan keluarga, sedihnya tak terhingga walaupun hanya untuk tiga bulan sahaja. Tetapi, saya kuatkan semangat. Saya sabar dan anggap ini semua perkara biasa.

Sebelum bertolak lagi saya dah jumpa seorang sahabat. Saya bukanlah seorang yang berani menegur orang terlebih dahulu. Tetapi mama saya berpesan supaya berani untuk mencari sahabat. Saya cuba dan saya berjaya. Di saat bas mula meninggalkan ibu bapa yang ada di situ. Pelbagai reaksi yang saya jumpa. Ada yang masih menangis. Ada juga yang tidak mahu naik ke dalam bas. Saya hanya mampu melambaikan tangan. Dan saya bisikkan di dalam hati saya yang ini semua tidak lama. Hanya untuk tiga bulan. Dan itupun tidak sampai tiga bulan.

Perjalanan untuk ke plkn Karisma terasa begitu lama. Sedangkan hati masih lagi berdebar debar. Yang saya lihat di kiri kanan saya hanyalah pokok pokok. Tiada apa. Saya mula rasa sedih. Nak tidur, tak boleh pula. Nak berbual bual, dengan siapa pula. Saya hanya memerhati kiri kanan saya sambil cuba mengingati jalan ke sana. Tidak lama kemudian, kami pun sampai. Pertama kali melihat kawasan Karisma. Tiada apa yang dapat saya gambarkan. Ia seperti sebuah tempat yang tidak pernah saya lihat. Ada kawasan lapang. Ada tasik. Ada dewan besar. Saya mula berfikir. Ini apa? Itu apa? Untuk apa?

Jadi, mahu tahu apa yang berlaku seterusnya? Saya akan sambung cerita ini. Semoga anda terhibur :)

0 comments:

Post a Comment

 

NUR AMALINA ZAINI Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates