Assalammualaikum.
Selamat pagi dunia yang indah.
Alhamdulillah, hari ni ama masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Allah S.W.T.
Hari ni tiada topik nak kongsikan bersama. Cuma ama nak muhasabah diri sendiri dan juga orang lain.
Kita perasan tak? Kebanyakkan dari kita zaman ini terlalu kejarkan dunia. Terlalu fikirkan duniawi semata-mata. Segalanya berkait rapat dengan hidup kita. Tapi pernah tak terlintas difikiran kita tentang Allah S.W.T? Mungkin pernah. Tapi sepintas lalu. Lepas tu mesti kita lupakan Dia semulakan?
Ama tahu, tak ramai yang lalai dari mengingati Dia. Tetapi pada satu tahap mesti kita lupa pada Dia juga. Walaupun untuk beberapa minit. Kita sedar tak? Semua yang kita miliki ini hanya dari Allah? Nikmat, makanan, minuman, kesihatan, kecantikan, kepandaian, rezeki, rumah, kereta, dan segalanya dari siapa lagi kalau bukan Dia? Ama sedih bila mana ama sendiri pernah menghadapi satu situasi dimana manusia sanggup bergaduh, menghina, mencaci antara satu sama lain hanya kerana duit. Tidak ke kita terfikir duit itu juga rezeki Allah. Kita sedar, bukan senang nak dapatkan rezeki Allah begitu sahaja. Kita perlu berusaha. Perlukan semangat yang kuat. Perlukan sifat sabar yang tinggi. Hanya kerana untuk dapatkan duit. Tapi bila mana Allah dah turunkan rezeki itu buat kita, kenapa kita lupa tentang Dia? Kita sedar itu semua dari Dia. Tetapi kita tak mampu nak menyatakannya.
Apa yang terjadi ialah kita mula sombong. Kita mula berlagak bagus. Kononnya kita dah miliki semuanya. Sedangkan semua itu hanya pinjaman semata-mata? Allah muliakan orang yang kaya, tetapi yang menggunakan kekayaannya itu untuk sesuatu kebaikan. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Bila mana kita dah kaya, kita mula mencaci orang yang hidup sederhana. Kita bukannya nak bantu sama malah menghina mereka. Mereka juga hamba Allah. Punya perasaan. Hati dan nurani. Tidak salah kita menghulurkan sedikit kepada mereka. Sedikit pun tak luak harta kita. Malah Allah murahkan lagi rezeki kita.
Sampai satu tahap ama berasa sedih. Hanya kerana duit, hubungan kekeluargaan juga musnah. Hanya kerana duit, kita tak bertegur sapa. Kita sedar tak? Dunia hanya sementara? Marilah kita muhasabah diri. Kejarlah akhirat. Allah Maha Adil. Dia dah janjikan sesuatu yang lagi hebat buat kita. Kita cuma perlu bersabar. Allah sayang pada orang yang sabar. Mungkin hari ini kita tak dapatkan apa yang kita mahukan. Tetapi ingatkan ada suatu hari nanti dimana Allah berikan nikmatNya pada kita juga.
Jadi, ingatlah. Ini semua daripada Allah. Mulai sekarang, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Ama juga tidak sempurna. Ada saat dimana ama sendiri juga jatuh. Tetapi ama tahu Allah ada bersama kita. Semoga ini semua boleh memberi pengajaran buat diri kita. Sama-sama la kita saling mengingati antara satu sama lain. Kerana diantara kita tiada yang sempurna.
Okaylah. Sampai disini sahaja buat masa ini. Ini semua berdasarkan pengalaman yang ama hadapi sendiri. Semoga ia juga memberi pengajaran pada diri ama. Akhir kalam, ama mohon maaf bagi yang terasa. Tiada niat nak mempersendakan anda. Cuma berniat nak menasihati. Panjang umur jumpa lagi. Insya Allah. Assalammualaikum :)

0 comments:
Post a Comment