Assalammualaikum, selamat pagi semua :)
Alhamdulillah kita masih bernafas pada pagi ini.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Allah yang sementara ini.
Jadi, hari ni ama nak berkongsi satu cerita pasal yang berkenaan dengan orang cina. Haa, nak tahu apa ceritanya?? Mari ama ceritakan.
Pada hari khamis iaitu semalam, ama ada tutorial kelas pada pukul 9 pagi. Jadi, nak taknak kenalah pergi awal pagi untuk sampai awal ke kelas. Nak dijadikan cerita ama terpaksa pergi dengan seorang kawan ama ni, tetapi lain course lain tempat belajar. Apabila kawan ama ni dah masuk kelas dia, ama pun tinggal la seorang diri sementara nak menunggu kelas pada pukul 9 tu.
Waktu itu, adalah coursemate ama ni, budak cina dalam 3 orang. Ama pun pergilah pada mereka kononnya nak join mereka sekali. Maklumlah dah tinggal seorang diri. Ama pun tegur laa dia. Agaknya dia pun dah boleh Nampak yang ama tiada kawan, dia pun ajak ama breakfast bersama di cafe yang berhampiran. Malu tu memang malu, tapi dari malu tinggal seorang diri baik malu duduk dengan mereka. Sampai je di cafe tu, mereka pergi beli makanan mereka sendiri. Ama pula termanggu seorang diri dekat meja makan yang terdapat disitu.
Apabila mereka dah habis bayar, mereka datang pada ama untuk makan disitu. Punyalah baik hatinya masing-masing, siap dipelawanya ama untuk berkongsi makan bersama. Terdetik di hati nak join breakfast sama-sama. Ama pun pergilah order makanan. Lepas dah dapat makanan tu, kami pun mula makan. Apa yang ama banggakan pasal mereka ni ialah bila mereka sedang makan, sepatah ayat dan sebarang bunyi pun tidak kedengaran dari mereka. Ama kononnya nak laa juga berbual, nak tanya tu, nak tanya ni. Tetapi ama sendiri jadi terpegun dengan cara mereka makan. Beradab sangat. Apabila dah licin pinggan barulah mereka bercakap antara satu sama lain. Perghh !
Ama bukanlah nak kata kita orang melayu makan tak sopan ataupun tak beradab. Ama tahu pasti ada sesetengah dari kita yang bersopan santun ketika makan. Tetapi kita sedar tak betapa ramainya di antara kita yang bercakap, mengumpat, bergelak ketawa, menyanyi dan macam-macam lagi ketika makan. Pasti ada je benda kita nak sampaikan walaupun kita tahu kita tengah makan. Waktu tu laa nak bergosip itu ini. Ada sesetengah tu pula nak bergaduh. Alahai, depan rezeki tu kawan. Ama tahu ini dah jadi kebiasaan, sebab ama sendiri pun tak terlepas dari melakukannya.
Jadi, dari sini ama sedar. Orang cina sendiri pun tahu beradab ketika makan, apatah lagi kita yang orang melayu memang terkenal dengan adab dan sopan ini. Malu tu malu la juga sebab ama sendiri pun berbual-bual ketika makan. Ama tabik sangat-sangat dengan mereka ni. Sampaikan ama rasa diri ni kecil sangat sebab ama pun tak sesopan mereka. Haha. Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri dalam hal ini. Walaupun bagi sesetengah orang perkara ini perkara kecil, tetapi ia boleh menjadi perkara besar jika tak dijaga.
Marilah kita menjaga adab kita walau dimana jua dan dengan siapa kita bersama. Pada masa yang sama, kita juga boleh mempraktikkannya apabila berada bersama keluarga. Lagipun semua orang tahukan bahawa rezeki itu dari Allah. Kalau kita tak bersyukur, tak menikmatinya dengan betul, berkatkah rezeki Allah itu? Allahualam. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini. Walaupun ia berlaku dalam masa setengah jam sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada diri ama.
Akhir kalam, itu sahaja daripada ama, terima kasih bagi yang sudi membaca. Jumpa lagi pada masa akan datang. Insya Allah. Assalammualaikum :)
0 comments:
Post a Comment