Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua hamba Allah yang dikasihi Allah.
Apa khabar hari ni? Sihat? Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan untuk hari ini.
Sebaknya hati ini apabila mengenangkan Ramadhan bakal pergi tidak lama lagi. Sudah cukupkah bekalan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini?
Jika tidak, rebutlah peluang yang masih terbuka ini. Allah sentiasa membuka pintu keampunan buat umatnya. Allahu. Engkau benar-benar Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi.
Ya Allah, jangan jadikan ini Ramadhan terakhir buat diriku. Semoga aku dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Amin. Alhamdulillah, syukur untuk segalanya sepanjang di bulan mulia ini. Segalanya telah dipermudahkan oleh Allah. Allah sentiasa memudahkan urusan hambaNya. Alhamdulillah, syukur.
Sepanjang bulan mulia ini juga, Ama sering kali mendapat berita yang gembira. Pasti ada sahaja yang membuatkan hati ini melonjak kegembiraan. Alhamdulillah, syukur. Allah juga memakbulkan setiap doa yang Ama titipkan. Hari-hari yang dilalui juga sangat bahagia. Nikmat dan rezeki yang Allah berikan ini mengajar Ama erti kesabaran dan syukur sentiasa. Sebelum kita menjerit pada dunia betapa bahagianya kita, marilah kita sujud padaNya yang telah memberikan berita bahagia. Alhamdullilah, syukur.
Tahun ini jua merupakan tahun dimana Ama berpuasa penuh di rumah bersama keluarga tercinta. Hari-hari yang dilalui terasa sangat bahagia dan Ama bersyukur masih diberi kesempatan untuk merasai semua ini. Tidak lupa juga buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah jagakan mereka di sana. Dan semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu mereka di syurgaNya. Amin.
Akhir kalam, jangan lupa teruskan berdoa, berdoa, dan berdoa. Berdoa itukan senjata mukmin, Semoga Allah tentukan yang terbaik buat kita, semoga Allah permudahkan segalanya, semoga Allah ampuni dosa kita dan semoga Allah redhai amal ibadat kita. Ikhlaskan hati hanya kerana Allah, Insya Allah ketenangan jiwa milikmu. Alhamdulillah, syukur.
Saturday, 2 July 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment