Thursday, 30 July 2015

Insan Biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 
Apa khabar hari ini? 
Alhamdulillah, Ama disini sihat-sihat sahaja.
Sementara masa yang ada ni Ama nak kongsikan sebuah lagi cerita yang Ama alami.






Insan biasa. 
Ama hanyalah insan biasa. Yang masih belajar bagaimana untuk menjadi terbaik dikalangan yang terbaik.
Apa yang Ama cuba sampaikan disini adalah kenapa masih ada manusia yang suka menilai kita sedangkan mereka tidak mengenali kita?

Manusia.
Semua manusia mana ada yang sempurna. Sehebat mana pun dia tak akan ada yang sempurna. Hanya Allah Yang Maha Sempurna. Ama kesal dengan sesetengah manusia yang suka menilai diri ini teruk, jahil dan sebagainya. 

Ama tahu banyak dosa yang sudah Ama lakukan. Tetapi apa hak manusia nak pertikaikan kebaikan kita? Apa hak manusia nak pertikaikan perubahan diri kita? Kita berubah kerana Allah. Kita berubah kerana kita yang inginkan. Bukanlah kita menyusahkan orang lain. Bahkan sikit pun kita tak kacau hidup mereka. 

Sedih.
Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya diri ini ketika diperlakukan begitu.
Tetapi Ama tak salahkan sesiapa. Pandangan setiap orang berbeza-beza. Mungkin ada manusia yang sakit matanya apabila melihat perempuan bertudung labuh. Mungkin ada sesetengah manusia yang merasakan perempuan bertudung labuh ini lebih jahil. Hanya Allah yang tahu niat sebenar kita. 

Sehingga kini, apa yang mampu Ama lakukan hanyalah berdiam diri. Berdiam selagi mampu dan biarlah Allah yang uruskan mereka. Allah Maha Adil. Semoga orang seperti mereka terus diberikan hidayah oleh Allah. 
Assalammualaikum.

Tuesday, 28 July 2015

Sahabat Dunia Akhirat.

Assalammualaikum dan selamat pagi semua :)
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezekiNya dan nikmatNya atas kehidupan ini.
Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan kepada hambaMu ini untuk menikmati kehidupan pada hari ini. 

Pada hari ini, Ama ingin berkongsi berkenaan seorang sahabat Ama yang baru setahun Ama kenali. Jangka masa setahun ini sudah cukup untuk mengenali dirinya. Setahun ini juga pelbagai kisah pahit manis berlaku tetapi semuanya dapat di atasi. Berkat kesetiaan dan kesabaran ini membuatkan hubungan ini masih utuh dan lebih utuh lagi. 

Sahabat.
Sahabat sepertimana yang kita perlukan? Adakah yang sentiasa ada di saat kita susah? Adakah yang sentiasa ada di saat kita gembira? Adakah yang sentiasa ada bersama kita setiap waktu? Adakah sahabat seperti itu yang kita perlukan?  Sememangnya. Kita perlukan sahabat yang berada disisi kita di saat kita susah dan senang dan sentiasa ada di saat kita memerlukan pertolongannya. 

Tetapi, adakah ini sudah cukup?
Tepuk dada, tanya iman.
Pasti jawapannya tidak, bukan?
Hal ini kerana, sahabat yang betul-betul kita perlukan ialah bukan sahaja yang sentiasa membantu kita saat susah senang, bahkan sahabat yang layak dipanggil dunia akhirat. 

Sahabat dunia akhirat.
Di mana dia (sahabat) sentiasa mendoakan kebaikan buat diri kita. Di mana dia sentiasa melarang kita dari melakukan perkara yang haram. Di mana dia sentiasa mengingatkan bahawa dunia ini nak kiamat. Dia juga sentiasa mengingatkan diri ini atas nasihat yang pernah kita berikan pada dirinya dahulu. Dia juga sering kali menyebut "Jom kejar Akhirat". 

Alhamdulillah, sepanjang kehidupan ini, Allah telah memberi Ama rezeki untuk bertemu dengan sahabat seperti ini. Sepanjang 19 tahun Ama meminjam segala pemberian Allah, Allah membalasnya dengan menghadirkan dirinya selepas keluarga Ama. 

Sahabat.
Dia sering mengatakan bahawa dirinya tidak sempurna. Dirinya biasa-biasa sahaja. Tetapi bagi diriku dia lebih dari itu. Ama juga membantu dirinya serba sedikit kerana Ama tahu diri Ama sendiri tidak terbantu. Jadi apa salahnya kita saling bantu-membantu. Tak rugi apa pun, bahkan banyak manfaatnya.

Sahabat.
Dia hanyalah gadis biasa. Yang selalu merendah diri. Yang selalu mengalah dari segala segi. Yang ringan tangannya membantu apa sahaja kesusahan. Yang sering membiarkan dirinya di salahkan. Yang sering berkorban nyawa, hati dan perasaannya demi sahabatnya. 

Sahabat.
Diri ini sudah menganggap dirimu sebagai adik, bukan sahabat. Keakraban antara dirimu dengan keluargaku juga sudah cukup menunjukkan yang kau sangat bermakna dalam hidupku selepas keluargaku. Bukan aku sahaja yang menyayangimu tetapi juga keluargaku. Kami menyayangimu. Kami sentiasa ada buat dirimu. 

Sahabat. 
Jangan pernah rasa bersalah atas apa yang saya beri selama ini pada awak, kerana apa yang awak berikan saya sendiri tidak terbalas. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Akhirnya, kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala-galanya yang telah awak berikan. Hanya doa yang saya hadiahkan buat diri awak. Semoga hubungan ini sentiasa di berkati Allah dan mendapat restu keluarga kita berdua. Dan, ingatlah awak. Walau apapun yang berlaku, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak. 
Salam sayang dari sahabatmu yang kerdil ini.

p/s : Siapakah "dia" itu? Dia yang saya selalu tegaskan sebagai "adik" saya. 

Friday, 19 June 2015

Syukur Selalu :)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya.
Alhamdulillah, bersyukur juga kerana hari ini kita masih diberikan nikmat bernafas dan dapat meneruskan kehidupan ini. Syukur Ya Allah. 
Hari ini merupakan hari ketiga kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini.
Ama bersyukur sangat kerana masih dipanjangkan umur sehingga hari ini.

Alhamdulillah, masih sempat berpuasa bersama-sama keluarga tersayang. Tidak lupa juga buat orang yang ama sayangi tetapi sudah kembali ke Rahmatullah. Innalillah. Buat arwah wan, arwah atuk dan arwah atuk belah mama, semoga di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Insya Allah, selagi umur saya panjang selagi itu tidak putus doa saya sampaikan. 

Kerinduan ini hanya Allah yang tahu. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tetapi kita harus sabar kerana setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita juga. Allah lebih menyayangi mu. Kita sebagai manusia perlu teruskan hidup dan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. 

Semoga puasa kali ini kita menjadi lebih baik dan sentiasa sabar. Semoga kita sentiasa muhasabahkan diri kita dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga juga setiap amalan kita diterima oleh Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Monday, 25 May 2015

Doa "Cinta Syurga".

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. 
Ya Allah, tolong sampaikan pada si dia pesanan ku ini.

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.
Tolong beritahu si dia Cinta agung adalah CintaNya.
Tolong beritahu si dia Cinta manusia akan membuatnya alpa.

Tolong nasihatinya jangan mencintaiku lebih dari mencintai Yang Maha Esa.
Tolong nasihatinya jangan mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa.
Tolong nasihatinya jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibu dan bapanya.

Tolong katakan padanya dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga.
Tolong katakan padanya dahulukan ibubapanya jika ingin mendapat tempat di Syurga.

Tolong ingatkan si dia aku terpikat padanya kerana imannya, bukan rupa.
Tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan Zuhudnya, bukan harta.
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.

Tolong tegurnya bila dia mula mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegurnya bila dia mula tenggelam dalam angan-angan.
Tolong tegurnya andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa.
Tolong sedarkan si dia aku masih kepunyaan keluarga.
Tolong sedarkan si dia aku bertanggungjawab besar pada keluarga.

Tolong sabarkan si dia usah ucapkan Cinta di kala Cita-cita belum terlaksana.
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan Cinta.
Tolong sabarkan si dia andai jarak menjadi penyebab rindunya.

Tolong pesan padanya aku tak mahu menjadi fitnah besar buatnya.
Tolong pesan padanya aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Maha Esa menjaganya.

Tolong khabarkan padanya aku tak mahu melekakan dia.
Tolong khabarkan padanya aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.
Tolong khabarkan padanya jadilah penyokong dalam kejayaannya.

Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta yang suci dan berjaya.
Tolong sampaikan pada si dia cinta kepada Allah tak ternilai harganya.
Tolong sampaikan pada si dia hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Allah.
Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri.

Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui siapa sebenarnya si dia. Semoga pesananku ini sampai kepadanya walaupun aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia berada. Semoga, dia seekor kumbang yang sentiasa memuji KeagunganMu, memasuki taman larangan yang berkunci, dengan sopan santunnya dan bertemu Mawar berduri yang di jaga oleh tuannya. Simpanlah pesananku ini sehingga kau bertemu dengan diriku suatu hari nanti. Insya Allah, andai umur masih panjang. 



p/s : Jadikan iktibar dan muhasabah buat diri masing2. Saya tidak tahu siapa yang mencipta doa ini tetapi saya tahu ia dapat memberi manfaat buat mereka yang mencari cinta Syurga. Semoga Allah memakbulkan doamu :)


Wednesday, 6 May 2015

Keluarga atau kemewahan?

Assalamualaikum, dah lama tak update blog ni. Last update pun beberapa minggu yang lepas. Bukan apa, cuma agak sibuk beberapa minggu ni. Nak kena siapkan semua assignment dan minggu final exam pun sudah menghampiri. Jadi, masa yang ada diisi dengan persiapan untuk menghadapi hari-hari penting itu. Hehe.

Okay, hari ni ama nak share satu cerita ni. Actually, cerita ni berkenaan dengan kawan sekelas ama. Tetapi bukan pasal dia yang ama nak share kan. Cerita yang ama nak kongsi hari ni berkenaan dengan apa yang dia sampaikan di dalam kelas beberapa hari yang lepas.

Pada hari khamis yang lepas-lepas, ama menghadiri kelas seperti biasa dimana aktiviti pada hari itu ialah "one minute speech". Dalam aktiviti ini, kami diminta untuk mencabut satu kertas dan menceritakan tentang tajuk yang kita dapat itu dalam masa 1 minit. Sampailah pada giliran kawan ama ni, (lelaki, nama dirahsiakan, hehe), tajuk yang dia dapat ialah "Me in 10 years". 

Pada mulanya dia bercerita seperti biasa, nak kerja bagus-bagus, nak beli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Setiap manusia juga menginginkan benda yang sama. Tak terlepas juga pada ama. Tetapi apa yang menarik pada cerita dia ialah, bila dia mula menceritakan kisah orang pada zaman-zaman terdahulu dengan zaman ini. Apa yang berada di fikiran kita bila teringat tentang orang zaman dahulu kala? Segalanya biasa sahaja. Tidak terlalu mewah. Tetapi cuba kita bezakan dengan orang zaman sekarang. Adakah kita nampak perbezaannya? Atau terlalu ketara sehingga kita tidak mampu nak menyatakannya??

Berdasarkan apa yang diceritakan oleh kawan ama ni, orang zaman ini lebih mengejarkan kemewahan berbanding dengan hubungan sesebuah keluarga. Betulkah begitu? Ama sendiri pernah melihat perkara sebegini. Terlalu ramai orang disekeliling kita yang melakukan perkara sebegini tanpa kita sedar. Mereka lebih pentingkan kemewahan sehinggakan sanggup bercakaran sesama keluarga. Kawan ama juga ada mengatakan bahawa orang zaman dahulu lebih mementingkan keluarga. Itulah kebahagiaan sebenar mereka. Bukan kemewahan.

Ama sedar, zaman kita ini semuanya melibatkan dengan wang ringgit. Even nak masuk tandas pun kena bayar. Inikan pula kita ingin melakukan perkara lain. Ama tidak maksudkan supaya kita tidak mencari rezeki itu, tetapi apa yang ama maksudkan ialah orang yang sanggup menghancurkan sesebuah hubungan kekeluargaan hanya kerana wang ringgit. Nak bawa mana semua tu? Andai kata kita meninggal dunia sekalipun, bukan kita boleh bawa semua itu. Bolehkah bawa bersama??

Antara keluarga dan kemewahan? Mana satu pilihan kita? Bahagiakah kita kalau hanya memilih kemewahan? Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari. Ama kongsikan cerita ini juga berdasarkan pengalaman yang pernah ama hadapi dengan orang sebegini. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya. 

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Lebih-lebih lagi kita yang masih mempunyai keluarga ini. Harta kemewahan itu rezeki Allah. Allah berhak memberinya kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Kita sebagai hambanya hanyalah perlu bersyukur dan menjalani segala suruhanNya. Ambillah semua ini sebagai pengajaran buat kita. Jangan sampai, kita kehilangan orang yang tersayang. 

Sampai disini sahaja, ama mohon maaf andai ada yang terasa. Niat ama ikhlas untuk menegur. Tidak terlepas juga buat diri ama dan keluarga ama. Salam sayang dari saya, Nur Amalina Zaini ;')

Saturday, 25 April 2015

Mereka Istimewa.

Assalamualaikum. Hai semua. Apa khabar? Sudah makan? Sudah minum? Buat apa tu? Haha. Banyak pula tanyakan? Sebenarnya hari ni merupakan hari yang memenatkan. Sebab apa penat? Sebab hari ni kami pergi melaksanakan projek komuniti. Jadi tujuan ama update blog ni sebab nak kongsi serba sedikit tentang projek kami.

   Kami memilih untuk pergi ke Siti Khadijah Rumah Anak-Anak Tahfiz Putera di Damansara. Tujuan projek ni sebenarnya nak membantu mereka yang memerlukan, dan juga mencari peluang untuk merasai kehidupan sebenar mereka semua. Lagipun ini kali pertama rasanya ama berjumpa dengan anak2 yatim depan mata. Memang seronok :)

   Sampai sahaja kami disana, kami disambut dengan meriah sekali. Belum apa2 dah dapat title 'kakak'. Tahu2 je mereka ni. Haha. Senyuman yang sangat ikhlas diberikan oleh mereka semua. Kami ni malu yang teramat la. Sebab pertama, semuanya lelaki. Sebab kedua, ni pertama kali nak uruskan projek sebegini. Allah je tahu bagaiman rasanya.

   Selepas berjaya menjejaki kaki ke dalam rumah, mata2 kecil itu tak pernah lari dari melihat kami. Mungkin mereka tertanya tanya siapa kami? Apa tujuan kami masuk begitu sahaja ke dalam rumah mereka? Kenapa semuanya perempuan? Haha. Comel sungguh wajah2 ahli syurga ni. Geram dibuatnya. Tapi kami diamkan sahaja. Kononnya nak bagi suprise. Hehe. Berjaya taw terkejutkan mereka.

   Pada mulanya kami terpaksa memendekkan jadual program. Sebab ustaz mereka kata mereka ada kelas pada pagi itu. Tetapi dengan izin Allah, kelas mereka dibatalkan. Jadi kami teruskan dengan program kami. Alhamdulillah. Kami mulakan dengan memberi taklimat ringkas terlebih dahulu. Dan kami teruskan dengan program yang seterusnya.

   Antara program yang kami jalankan ialah explorace, dan terdapat pelbagai game yang perlu mereka jalani. Pada sebelah petangnya, aktiviti yang menggunakan minda pula. Hurm. Penat memang penat. Tetapi sangat seronok. Lebih2 lagi apabila dijalankan bersama mereka. Seronok apabila melihat mereka bergembira. Berlari ke sana sini. Melompat. Didenda. Menyanyi. Macam2 lagi la.

   Ada juga salah seorang dari mereka yang sangat petah bercakap. Nama dia Abu. Dari pagi sampailah ke petang. Semua orang bising pada dia. 'Abu jangan itu', 'Abu jangan ini', 'Abu itulah', 'Abu inilah'. Abu, Abu, Abu je. Sebenarnya budak ni memang seorang yang aktif. Peramah. Habis semua ditegur. Dan sangat baik. Hampir setiap perkara dia mengucapkan terima kasih. Kasihannya. Kecil2 dah keseorangan. Sabarlah adik. Syurga tempat mu.

   Tak lupa juga saat memberikan hadiah kepada mereka. Wajah2 yang sedih berubah ceria sekelip mata. Saat makan bersama sama. Seperti mereka tidak pernah merasai semua itu. Ya Allah. Saat kita senang. Ada orang yang tak pernah merasainya. Inilah saatnya mereka merasai semua itu. Alhamdulillah. Rezeki adik2 buat hari ini. Marilah kita muhasabah diri. Jadikan semua ini pengajaran yang tak terhingga buat semua orang. Ingatlah insan yang memerlukan. Walaupun mereka tidak pernah meminta sedikit pun bantuan kita. Mereka hanya mahukan kasih sayang. Tak mengapa dik. Kakak sayangkan adik2. Itulah istimewanya adik2. Masih ada yang sayangkan adik2 :')

Tuesday, 10 March 2015

Dunia hanya sementara.

Assalammualaikum.
Selamat pagi dunia yang indah.
Alhamdulillah, hari ni ama masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Allah S.W.T.
Hari ni tiada topik nak kongsikan bersama. Cuma ama nak muhasabah diri sendiri dan juga orang lain.
 
Kita perasan tak? Kebanyakkan dari kita zaman ini terlalu kejarkan dunia. Terlalu fikirkan duniawi semata-mata. Segalanya berkait rapat dengan hidup kita. Tapi pernah tak terlintas difikiran kita tentang Allah S.W.T? Mungkin pernah. Tapi sepintas lalu. Lepas tu mesti kita lupakan Dia semulakan?
 
Ama tahu, tak ramai yang lalai dari mengingati Dia. Tetapi pada satu tahap mesti kita lupa pada Dia juga. Walaupun untuk beberapa minit. Kita sedar tak? Semua yang kita miliki ini hanya dari Allah? Nikmat, makanan, minuman, kesihatan, kecantikan, kepandaian, rezeki, rumah, kereta, dan segalanya dari siapa lagi kalau bukan Dia? Ama sedih bila mana ama sendiri pernah menghadapi satu situasi dimana manusia sanggup bergaduh, menghina, mencaci antara satu sama lain hanya kerana duit. Tidak ke kita terfikir duit itu juga rezeki Allah. Kita sedar, bukan senang nak dapatkan rezeki Allah begitu sahaja. Kita perlu berusaha. Perlukan semangat yang kuat. Perlukan sifat sabar yang tinggi. Hanya kerana untuk dapatkan duit. Tapi bila mana Allah dah turunkan rezeki itu buat kita, kenapa kita lupa tentang Dia? Kita sedar itu semua dari Dia. Tetapi kita tak mampu nak menyatakannya.
 
Apa yang terjadi ialah kita mula sombong. Kita mula berlagak bagus. Kononnya kita dah miliki semuanya. Sedangkan semua itu hanya pinjaman semata-mata? Allah muliakan orang yang kaya, tetapi yang menggunakan kekayaannya itu untuk sesuatu kebaikan. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Bila mana kita dah kaya, kita mula mencaci orang yang hidup sederhana. Kita bukannya nak bantu sama malah menghina mereka. Mereka juga hamba Allah. Punya perasaan. Hati dan nurani. Tidak salah kita menghulurkan sedikit kepada mereka. Sedikit pun tak luak harta kita. Malah Allah murahkan lagi rezeki kita.
 
Sampai satu tahap ama berasa sedih. Hanya kerana duit, hubungan kekeluargaan juga musnah. Hanya kerana duit, kita tak bertegur sapa. Kita sedar tak? Dunia hanya sementara? Marilah kita muhasabah diri. Kejarlah akhirat. Allah Maha Adil. Dia dah janjikan sesuatu yang lagi hebat buat kita. Kita cuma perlu bersabar. Allah sayang pada orang yang sabar. Mungkin hari ini kita tak dapatkan apa yang kita mahukan. Tetapi ingatkan ada suatu hari nanti dimana Allah berikan nikmatNya pada kita juga.
 
Jadi, ingatlah. Ini semua daripada Allah. Mulai sekarang, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Ama juga tidak sempurna. Ada saat dimana ama sendiri juga jatuh. Tetapi ama tahu Allah ada bersama kita. Semoga ini semua boleh memberi pengajaran buat diri kita. Sama-sama la kita saling mengingati antara satu sama lain. Kerana diantara kita tiada yang sempurna.
 
Okaylah. Sampai disini sahaja buat masa ini. Ini semua berdasarkan pengalaman yang ama hadapi sendiri. Semoga ia juga memberi pengajaran pada diri ama. Akhir kalam, ama mohon maaf bagi yang terasa. Tiada niat nak mempersendakan anda. Cuma berniat nak menasihati. Panjang umur jumpa lagi. Insya Allah. Assalammualaikum :)

Thursday, 26 February 2015

Amoi ^^

Assalammualaikum, selamat pagi semua :)
Alhamdulillah kita masih bernafas pada pagi ini.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Allah yang sementara ini.
 
Jadi, hari ni ama nak berkongsi satu cerita pasal yang berkenaan dengan orang cina. Haa, nak tahu apa ceritanya?? Mari ama ceritakan.
Pada hari khamis iaitu semalam, ama ada tutorial kelas pada pukul 9 pagi. Jadi, nak taknak kenalah pergi awal pagi untuk sampai awal ke kelas. Nak dijadikan cerita ama terpaksa pergi dengan seorang kawan ama ni, tetapi lain course lain tempat belajar. Apabila kawan ama ni dah masuk kelas dia, ama pun tinggal la seorang diri sementara nak menunggu kelas pada pukul 9 tu.
 
Waktu itu, adalah coursemate ama ni, budak cina dalam 3 orang. Ama pun pergilah pada mereka kononnya nak join mereka sekali. Maklumlah dah tinggal seorang diri. Ama pun tegur laa dia. Agaknya dia pun dah boleh Nampak yang ama tiada kawan, dia pun ajak ama breakfast bersama di cafe yang berhampiran. Malu tu memang malu, tapi dari malu tinggal seorang diri baik malu duduk dengan mereka. Sampai je di cafe tu, mereka pergi beli makanan mereka sendiri. Ama pula termanggu seorang diri dekat meja makan yang terdapat disitu.
 
Apabila mereka dah habis bayar, mereka datang pada ama untuk makan disitu. Punyalah baik hatinya masing-masing, siap dipelawanya ama untuk berkongsi makan bersama. Terdetik di hati nak join breakfast sama-sama. Ama pun pergilah order makanan. Lepas dah dapat makanan tu, kami pun mula makan. Apa yang ama banggakan pasal mereka ni ialah bila mereka sedang makan, sepatah ayat dan sebarang bunyi pun tidak kedengaran dari mereka. Ama kononnya nak laa juga berbual, nak tanya tu, nak tanya ni. Tetapi ama sendiri jadi terpegun dengan cara mereka makan. Beradab sangat. Apabila dah licin pinggan barulah mereka bercakap antara satu sama lain. Perghh !
 
Ama bukanlah nak kata kita orang melayu makan tak sopan ataupun tak beradab. Ama tahu pasti ada sesetengah dari kita yang bersopan santun ketika makan. Tetapi kita sedar tak betapa ramainya di antara kita yang bercakap, mengumpat, bergelak ketawa, menyanyi dan macam-macam lagi ketika makan. Pasti ada je benda kita nak sampaikan walaupun kita tahu kita tengah makan. Waktu tu laa nak bergosip itu ini. Ada sesetengah tu pula nak bergaduh. Alahai, depan rezeki tu kawan. Ama tahu ini dah jadi kebiasaan, sebab ama sendiri pun tak terlepas dari melakukannya.
 
Jadi, dari sini ama sedar. Orang cina sendiri pun tahu beradab ketika makan, apatah lagi kita yang orang melayu memang terkenal dengan adab dan sopan ini. Malu tu malu la juga sebab ama sendiri pun berbual-bual ketika makan. Ama tabik sangat-sangat dengan mereka ni. Sampaikan ama rasa diri ni kecil sangat sebab ama pun tak sesopan mereka. Haha. Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri dalam hal ini. Walaupun bagi sesetengah orang perkara ini perkara kecil, tetapi ia boleh menjadi perkara besar jika tak dijaga.
 
Marilah kita menjaga adab kita walau dimana jua dan dengan siapa kita bersama. Pada masa yang sama, kita juga boleh mempraktikkannya apabila berada bersama keluarga. Lagipun semua orang tahukan bahawa rezeki itu dari Allah. Kalau kita tak bersyukur, tak menikmatinya dengan betul, berkatkah rezeki Allah itu? Allahualam. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini. Walaupun ia berlaku dalam masa setengah jam sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada diri ama.
 
Akhir kalam, itu sahaja daripada ama, terima kasih bagi yang sudi membaca. Jumpa lagi pada masa akan datang. Insya Allah. Assalammualaikum :)

Sunday, 15 February 2015

Plkn? Awesome !! Part 5

Assalammualaikum semua :D
Dah lama tak update blog, maklumlah sebulan cuti sibuk sangat menguruskan hal2 di rumah. So, hari ni saya dah balik kolej semula, ada la juga masa yang terluang.

Jadi, hari ni saya nak sambung semula cerita berkenaan dengan sepanjang saya berada di plkn. Sebenarnya terlupa nak update pasal ni. Tetapi teringat balik sebab berapa hari lepas adik2 saya dah balik dari plkn, bukan? Jadi kesempatan ni saya nak cerita semula pasal plkn.

Kawan2 sekalian, semasa saya berada di hari terakhir di plkn, terdapat pelbaga aktiviti yang dilakukan. Antaranya ialah majlis penutup, malam Bollywood dan sebagainya. Inilah dimana saat2 akhir kami bersama-sama sebelum keesokan harinya masing2 pulang ke rumah. Pada saat itu, perasaan sedih mula datang. Terdapat beberapa orang pelatih mula menangis. Sebak dan pilu mulai terasa. Sedih untuk meninggalkan tempat yang telah meninggalkan banyak kenangan selama 3 bulan kami berada di situ.

Saat dimana berkongsi suka dan duka. Tangis dan tawa. Saat dimana susah senang dikongsi bersama. Setiap kenangan masih terpahat dihati. Tak mudah dilupakan begitu sahaja. Saat dimana bersama dengan kawan sebilik. Siang malam bersama, makan bersama, solat bersama dan sebagainya.

Pada malam itu, sesi bersalaman bersama dengan jurulatih2 plkn dijalankan. Semua pelatih mula meluahkan rasa sedih mereka ketika bersalaman bersama dengan jurulatih plkn. Saya juga tidak dapat menahan sebak. Selama 3 bulan bersama, cukup banyak kenangan yang tercipta. Setiap satu darinya mempunyai pengalaman dan pengajaran yang tersendiri.

Saat akhir itu, saya juga mulai sedih. Meluahkan rasa sedih bersama kawan2 tidak cukup untuk menghilangkannya. Semoga kenangan ini tidak dilupai dan terus tersemat di dalam hati. Insya-Allah. Semoga pada suatu hari kita dapat bertemu lagi walau dimana jua kita berada. Aminnn :')


Dengan ini saya sertakan sekali salah satu kenangan sepanjang saya berada di sana :'D

 

NUR AMALINA ZAINI Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates