Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Apa khabar hari ini?
Alhamdulillah, Ama disini sihat-sihat sahaja.
Sementara masa yang ada ni Ama nak kongsikan sebuah lagi cerita yang Ama alami.
Insan biasa.
Ama hanyalah insan biasa. Yang masih belajar bagaimana untuk menjadi terbaik dikalangan yang terbaik.
Apa yang Ama cuba sampaikan disini adalah kenapa masih ada manusia yang suka menilai kita sedangkan mereka tidak mengenali kita?
Manusia.
Semua manusia mana ada yang sempurna. Sehebat mana pun dia tak akan ada yang sempurna. Hanya Allah Yang Maha Sempurna. Ama kesal dengan sesetengah manusia yang suka menilai diri ini teruk, jahil dan sebagainya.
Ama tahu banyak dosa yang sudah Ama lakukan. Tetapi apa hak manusia nak pertikaikan kebaikan kita? Apa hak manusia nak pertikaikan perubahan diri kita? Kita berubah kerana Allah. Kita berubah kerana kita yang inginkan. Bukanlah kita menyusahkan orang lain. Bahkan sikit pun kita tak kacau hidup mereka.
Sedih.
Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya diri ini ketika diperlakukan begitu.
Tetapi Ama tak salahkan sesiapa. Pandangan setiap orang berbeza-beza. Mungkin ada manusia yang sakit matanya apabila melihat perempuan bertudung labuh. Mungkin ada sesetengah manusia yang merasakan perempuan bertudung labuh ini lebih jahil. Hanya Allah yang tahu niat sebenar kita.
Sehingga kini, apa yang mampu Ama lakukan hanyalah berdiam diri. Berdiam selagi mampu dan biarlah Allah yang uruskan mereka. Allah Maha Adil. Semoga orang seperti mereka terus diberikan hidayah oleh Allah.
Assalammualaikum.


0 comments:
Post a Comment