Sunday, 21 December 2014

Takdir Allah.

Assalamualaikum...
Sudah lama rasanya tak update blog ni. Rindu nak menaip panjang-panjang. So, hari ni ada satu cerita yang ingin aku kongsikan bersama.

Saat ini aku rapuh. Aku tiada daya. Di saat di mana aku jatuh. Tetapi tiada siapa yang membantu. Saat itu aku mengeluh. Aku mengalah. Aku menangis. Merayu. Meminta bantuan. Tetapi, yang ada hanya kosong. Sunyi. Sepi.

Aku cuba untuk bangun. Walaupun terdapat beberapa orang disekelilingku cuba untuk menjatuhkan aku semula. Kutukan sudah biasa bagiku. Aku tahu Allah hanya ingin menguji. Tetapi aku juga tertanya-tanya. Mengapa mesti aku?

Tidakkah aku terfikir bahawa Allah sayangkan diriku? Tidakkan aku tahu, bahawa Allah kasihi diriku? Saat itu aku sedar, aku menadah tangan mengucapkan syukur kepada Allah. Alhamdulillah. Terima kasih kerana mengujiku. Sesungguhnya ini adalah sebahagian ujian hidup buatku.

Saat itu aku mula untuk bangun. Ingin terus melangkah. Dan ingin lari jauh dari segala kesulitan yang ada. Tetapi, hadirnya hamba Allah yang ku kenali. Di saat dia merendahkan diriku. Di saat dia menjatuhkan maruahku. Di saat dia membuatkan aku merasakan bahawa aku adalah perempuan yang tidak berguna. Di saat itulah dia hadir dengan pelbagai kata-kata yang tidak dapat diterima akal.
Ya Allah. Tergamaknya dia berkata begitu pada aku. Aku tahu aku lemah. Aku tahu aku tidak sempurna. Aku tahu aku hanya insan biasa. Aku tahu aku tiada apa-apa. Aku sedar. Aku faham. Aku cuba untuk tidak mengambil kisah tentangnya. Ternyata aku silap. Aku jatuh semula. Aku tak terdaya untuk bangkit kembali. Hanya air mata yang menemani. Hanya tangisan yang didengari. Hanya keluhan yang menanti.

Kejamnya dirimu. Aku juga punya perasaan. Aku juga punya hati. Tetapi tak mengapa. Pasti ada sebab kau lakukan begini. Saat ini yang pasti aku akan terus menjauhi diri. Terus menjadi diriku yang seperti dulu. Aku janji.

0 comments:

Post a Comment

 

NUR AMALINA ZAINI Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates