Monday, 29 December 2014

Plkn? Awesome !! Part 4

Hai hai hai. Bertemu kembali kita dalam laman portal rasmi blogger. Haha. Okay, saya dah ceritakan serba sedikit berkenaan dengan sepanjang berada di dalam kelas di plkn. Haa sekarang pasal apa pula? Jeng jeng jeng. Hehe 😜

Sekarang saya nak kongsi berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan di sana selain daripada ke kelas pada waktu pagi. Okay, seperti biasa bagi umat islam wajib untuk menunaikan solatkan? Jadi dekat plkn kami juga diwajibkan untuk solat berjemaah lima waktu sehari semalam. Haaa. Jadi bagi mereka yang solat ke tak solat ke kena juga hadirkan diri ke surau. Surau dari dorm saya tidaklah jauh mana kalau berlari. Kalau berjalan lenggang lenggok tu memang lambatlah sampainya. Hurm, masa di sana tak sempat dah nak berjalan main2. Semuanya nak berlari. Semuanya nak kena cepat2. Sebab tu kita kena belajar bahagi masa.

Kalau di surau pula selain solat, kami juga akan mendengar ceramah daripada ustaz (lupa la nama dia. Maaf ustaz 😣). Ustaz ni memang sangat kelakar. Ya Allah, kalau sehari tu beliau tak buat lawak memang tak sah laa. Gap di antara lepas maghrib ke isyak juga di isi dengan ceramah daripada beliau. Beliau taklah garang. Tapi bila sekali marah, jangan pandang wajah dia. Takuttt 😵. Beliau sangat sangat baik sebenarnya. Cuma tegas sedikit. Hehe

Selain berada di surau, kami juga akan berada di padang kawad pada sebelah petangnya. Haa cuba teka kami buat apa di sana? Apa lagi? Berkawad laa. Hehe. Saya adalah salah seorang yang memang suka berkawad ni tau. Tak tahu kenapa. Suka sangat sangat. Dari zaman sekolah lagi dah biasa kot. Disebabkan dah biasa jadi bila kena suruh berkawad tu tak jadi masalah sangat. Jadi adik2 di luar sana jangan lupa libatkan diri dalam kadet polis ke, kadet remaja sekolah ke, apa2 laa yang melibatkan diri untuk berkawad. Nanti di plkn dah ada basic. Mudahkan kita  adalah.

Selain daripada itu, kami juga melibatkan diri dalam kembara halangan. Apa tu? Macam tak pernah dengar je kan? Haaa dekat plkn ada kembara halangan. Kembara halangan ni, kita akan merentasi halangan2 yang ada. Contohnya, monkey bar, wall, tarzan swing dan macam2 lagi. Susah tu susah juga. Tapi kalau dah training selalu lama kelamaan dah biasa. Tahu tak saya adalah salah seorang yang tak pernah lepas panjat monkey bar. Hahahaha 😆😆. Tetapi alhamdulillah, wirawati kompeni Alpha menang tempat pertama dalam pertandingan kembara halangan.

Lagi apa ya? Haaa, baru teringat. Kami juga ada latihan berenang taw. Tetapi waktu itu kami buat di Golf Resort. Seronok sangat sebab dapat belajar cara2 nak selamatkan orang lemas. Cuma cikgu tak izinkan kami berenang kerana tak mahu tanggung risiko. Selain itu, kami juga ada belajar menembak. Pertama kali pegang m16 memang seronok. Tak berat pun. Tapi sedih sikit laa sebab saya hanya dapat kumpul mata sebanyak 35 je. Sikitkan? Yela, jarak dah laa jauh, orang macam saya ni mata dah rabun. Faham2 je laa. Hehe.

Tidak lupa juga kami ada mencuba cabaran flying fox. Disebabkan saya suka ketinggian rasa macam tak puas pula. Memang seronok sangat. Macam2 pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti2 sepanjang berada di plkn.

Rasanya sampai di sini dulu laa ye. Ada masa kita sambung bercerita lagi. Jumpa lagi 😚😚

Plkn? Awesome !! Part 3

Assalamualaikum. Hai2 semua 😊
Hari ni saya nak sambung cerita berkenaan dengan hari-hari saya sepanjang di plkn. Setahu saya batch 97 kump 1 dah masukkan? Haa, mesti seronok mereka sepanjang berada di plkn.
Okay, marilah saya mulakan cerita saya. Hari pertama kelas merupakan hari yang saya sedikit tidak suka. Kenapa ya? Hal ini kerana kami terpaksa berpisah sementara kerana kami ditempat di kelas yang berlainan. Walaupun saya ditempatkan di kelas Exora bersama dengan Aiman, kawan dorm saya. Tapi dia tidak dibenarkan ke kelas sementara waktu kerana sakit. Boleh bayangkan bagaimana keseorangannya saya. Haha 😂

Di dalam kelas kami dipisahkan mengikut kumpulan masing2. Masa inilah kami bercampur antara lelaki dan perempuan dan juga kompeni2 lain. Waktu ni saya laa yang paling senyap paling tak bersuara. Hahaha. Bukan nak kata apa. Maklumlah malu yang teramat. Tetapi, lama kelamaan kami dah macam satu keluarga dah. Rapatnya bukan main lagi. Lupa segala malu2nya. Hehe 😄

Pelbagai pengalaman sepanjang berada dalam kelas. Kami juga ada menyertai beberapa pertandingan dan lawan dengan kelas2 yang lain. Alhamdulillah, kelas kami banyak memperolehi kemenangan 😊. Sepanjang itu kerjasama antara kawan2 sangat penting. Tetapi memang seronok sebab macam2 pengalaman saya perolehi.

Subjek yang di ajar juga best. Semuanya berkenaan dengan motivasi diri. Jadi kita juga boleh memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Banyak ilmu yang diperolehi. Terima kasih pada guru2 yang mengajar. Kadang kala kami menyanyi, menari, bercerita, bergurau mesra dan macam2 lagi. Seronok sangat ! Rasa macam berada di zaman tadika pula 😚

So ni laa serba sedikit cerita saya berkenaan dengan kelas sepanjang saya berada di plkn. Rindu pula waktu berada di plkn. Memang seronok. Kepada bakal2 pelatih plkn di luar sana. Jangan risau. Semuanya akan okay. Percayalah 😆

Sunday, 21 December 2014

Takdir Allah.

Assalamualaikum...
Sudah lama rasanya tak update blog ni. Rindu nak menaip panjang-panjang. So, hari ni ada satu cerita yang ingin aku kongsikan bersama.

Saat ini aku rapuh. Aku tiada daya. Di saat di mana aku jatuh. Tetapi tiada siapa yang membantu. Saat itu aku mengeluh. Aku mengalah. Aku menangis. Merayu. Meminta bantuan. Tetapi, yang ada hanya kosong. Sunyi. Sepi.

Aku cuba untuk bangun. Walaupun terdapat beberapa orang disekelilingku cuba untuk menjatuhkan aku semula. Kutukan sudah biasa bagiku. Aku tahu Allah hanya ingin menguji. Tetapi aku juga tertanya-tanya. Mengapa mesti aku?

Tidakkah aku terfikir bahawa Allah sayangkan diriku? Tidakkan aku tahu, bahawa Allah kasihi diriku? Saat itu aku sedar, aku menadah tangan mengucapkan syukur kepada Allah. Alhamdulillah. Terima kasih kerana mengujiku. Sesungguhnya ini adalah sebahagian ujian hidup buatku.

Saat itu aku mula untuk bangun. Ingin terus melangkah. Dan ingin lari jauh dari segala kesulitan yang ada. Tetapi, hadirnya hamba Allah yang ku kenali. Di saat dia merendahkan diriku. Di saat dia menjatuhkan maruahku. Di saat dia membuatkan aku merasakan bahawa aku adalah perempuan yang tidak berguna. Di saat itulah dia hadir dengan pelbagai kata-kata yang tidak dapat diterima akal.
Ya Allah. Tergamaknya dia berkata begitu pada aku. Aku tahu aku lemah. Aku tahu aku tidak sempurna. Aku tahu aku hanya insan biasa. Aku tahu aku tiada apa-apa. Aku sedar. Aku faham. Aku cuba untuk tidak mengambil kisah tentangnya. Ternyata aku silap. Aku jatuh semula. Aku tak terdaya untuk bangkit kembali. Hanya air mata yang menemani. Hanya tangisan yang didengari. Hanya keluhan yang menanti.

Kejamnya dirimu. Aku juga punya perasaan. Aku juga punya hati. Tetapi tak mengapa. Pasti ada sebab kau lakukan begini. Saat ini yang pasti aku akan terus menjauhi diri. Terus menjadi diriku yang seperti dulu. Aku janji.

Thursday, 3 July 2014

Plkn? Awesome !! Part 2

Assalamualaikum. Morning guys :). Alhamdulillah puasa yang ke 6 dah kita. Dan hari juga hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan tahun ini. Marilah kita menadah tangan mengucap syukur kepada Allah S.W.T ;).

Hari ni saya nak sambung balik cerita tentang pengalaman saya selama tidak sampai tiga bulan di plkn. Jadi saya mulakan dengan masa pendaftaran di Kem Karisma itu. Sudah sahaja kami sampai di dewan makan yang tidak berapa indah tetapi  nampak gah di mata kami, yang kelihatan di situ hanyalah beberapa orang berpakaian uniform seperti polis dan sebagainya. Hati saya mula tertanya-tanya. Siapakah mereka? Ada juga di kalangan mereka tertulis 'Jurulatih' di baju mereka. Dan saya hanya meneka, mungkin mereka yang akan melatih kami.

Pada sesi pendaftaran, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah. Selesai sahaja saya menghantar semua borang. Saya diberikan kompeni dan dorm di mana saya ditempatkan. Saya mendapat kompeni Alpha dan ditempatkan di dorm Alpha 3. Saya mula berfikir, siapalah kawan-kawan saya nanti. Saya mula mendaftarkan diri di tempat yang disediakan. Guru yang membantu saya ketika itu adalah Cikgu Fiza, yang juga merupakan guru kompeni Alpha merangkap mentor dorm A3. Mulanya saya memikirkan saya mendapat seorang guru yang sangat garang, ternyata tidak. Cikgu Fiza merupakan guru yang sangat sporting dan memahami kami. Sesudah sesi pendaftaran, kami di berikan pinggan dan cawan mengikut warna kompeni. Lalu pemeriksaan beg dibuat. Alhamdulillah selesai semuanya.

Kemudian kami di bawa ke dorm masing-masing. Dorm saya paling dekat dengan pintu utama wirawati dan paling jauh dengan surau. Masuk sahaja ke dalam dorm, masih tiada apa. Kosong. Dan saya ketahui bahawa terdapat beberapa orang lain yang sudah datang sehari awal daripada kami. Kemudian masuk dua orang yang saya tidak kenali. Maka, sesi pengenalan diri pun bermula. Ahli dorm saya di ketuai oleh Shafiqah Fitri. Penolong kami Siti Khadijah, dan ahli yang lain terdiri daripada Fadhilah, Aiman, Aina, Hidayah, Yamuna, Ng Kahyi dan uniknya kami ada kakak senior yang berumur 20 tahun iaitu Kak Tan.

Saat mengenali mereka, memang menyeronokkan. Tidak saya sangka akan mendapat kawan yang sama gilanya dengan saya. Dan hari saya bagaikan tiada lagi kesedihan sepanjang di sana. Semuanya berjalan dengan lancar. Pergi solat bersama. Makan bersama. Lepak malam bersama. Menyanyi dalam bilik air bersama. Membuat kecoh. Kemas. Mencantikkan dorm. Semuanya bersama-sama. Mereka sangat gila dan sporting. Bersyukur kerana ditempat dengan kawan-kawan sebegitu. Lebih-lebih lagi, sekali pun kami tak pernah bergaduh.

Hurm. Okeylah. Rasanya sampai di sini sahaja dahulu. Kita sambung nanti ye kawan-kawan. Assalamualaikum ^^

Wednesday, 2 July 2014

Plkn? Awesome !! Part 1

Assalammualaikum dan selamat pagi dunia. Alhamdulillah, kita masih bernafas pada hari ini dan dapat menjalani ibadah puasa hari yang ke 5. Bersyukur pada Allah S.W.T.

Pada pagi yang indah ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman saya selama saya berada di plkn dalam masa tidak sampai 3 bulan. Pada mula2 sekali saya dapat tahu saya dipilih untuk menyertai program latihan khidmat negara ni, berbagai perasaan yang saya rasa. Takut, sedih, gelisah, dan pada masa yang sama sedikit teruja. Saya dapat pula kump 1. Saya menangis sepuas puasnya. Sedangkan saya tahu dengan saya menangis pun tetap tidak boleh ubah segalanya. Perasaan saya sangat2 sedih, apatah lagi setelah mendapat tahu bahawa tiada seorang pun daripada kawan sekelas saya yang dapat kump 1 bersama saya.

Saya mula bayangkan pelbagai perkara ketika disana. Hurm. Tetapi atas dorongan dan sokongan dari ahli keluarga sedikit sebanyak membantu saya untuk menempuhi segalanya. Saya mula berfikir positif dan mungkin ada hikmah saya dipilih untuk sertai plkn ini. Beberapa hari kemudian, surat pun sampai dan ini bermakna ia sebuah realiti. Realiti yang membuatkan saya tidak dapat lari darinya. Segala persiapan dilakukan. Perasaan saya tetap sama. Sama ada suka atau tidak suka. Saya sendiri kurang pasti.

Kini, harinya pun tiba. Saya ditempatkan di plkn Karisma, Kuala Pilah. Pertamanya saya bersyukur kerana tidak jauh dari keluarga. Keduanya saya sedikit gentar, kerana plkn Karisma jauh terperosok di dalam hutan. Pada hari itu, saya diminta menaiki bas dari Stadium Paroi. Di saat meninggalkan keluarga, sedihnya tak terhingga walaupun hanya untuk tiga bulan sahaja. Tetapi, saya kuatkan semangat. Saya sabar dan anggap ini semua perkara biasa.

Sebelum bertolak lagi saya dah jumpa seorang sahabat. Saya bukanlah seorang yang berani menegur orang terlebih dahulu. Tetapi mama saya berpesan supaya berani untuk mencari sahabat. Saya cuba dan saya berjaya. Di saat bas mula meninggalkan ibu bapa yang ada di situ. Pelbagai reaksi yang saya jumpa. Ada yang masih menangis. Ada juga yang tidak mahu naik ke dalam bas. Saya hanya mampu melambaikan tangan. Dan saya bisikkan di dalam hati saya yang ini semua tidak lama. Hanya untuk tiga bulan. Dan itupun tidak sampai tiga bulan.

Perjalanan untuk ke plkn Karisma terasa begitu lama. Sedangkan hati masih lagi berdebar debar. Yang saya lihat di kiri kanan saya hanyalah pokok pokok. Tiada apa. Saya mula rasa sedih. Nak tidur, tak boleh pula. Nak berbual bual, dengan siapa pula. Saya hanya memerhati kiri kanan saya sambil cuba mengingati jalan ke sana. Tidak lama kemudian, kami pun sampai. Pertama kali melihat kawasan Karisma. Tiada apa yang dapat saya gambarkan. Ia seperti sebuah tempat yang tidak pernah saya lihat. Ada kawasan lapang. Ada tasik. Ada dewan besar. Saya mula berfikir. Ini apa? Itu apa? Untuk apa?

Jadi, mahu tahu apa yang berlaku seterusnya? Saya akan sambung cerita ini. Semoga anda terhibur :)

 

NUR AMALINA ZAINI Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates