Assalamualaikum guy's :')
Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Hmm. Hari ni nak cerita berkenaan dengan bulan Ramadhan tahun ni. First of all, thanks to Allah sebab masih diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah yang dinanti-nantikan oleh semua orang iaitu berpuasa. Alhamdulillah, saya seperti orang lain juga masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini. And hari ni dah masuk hari ke-4 berpuasa :')
Act, bukan ni yang saya ingin sampaikan. Cerita yang ingin saya kongsi ialah tentang kesedihan saya. Hmm. Kenapa saya bersedih? Saya sedih sangat kerana Ramadhan tahun ni tanpa arwah Amir :'(. Seperti orang lain juga saya turut serta akan berasa sedih apabila kehilangan seseorang yang kita sayangi dengan serta merta. Ini bermaksud Raya tahun ni juga tanpa arwah Amir.
Hmm, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa saya merindukan arwah. Rindu akan ketawa, senyuman arwah dan sikap arwah yang kelakar. Cepat sungguh masa berlalu. Tanpa sedar sudah lebih 100 hari arwah pergi. Tetapi sedikit pun saya tak dapat nak melupakan arwah. Hmm, sekejap je Allah bagi kami pinjam kau dik :'(
Selepas beberapa minggu kehilangan arwah Amir. Kami dikejutkan dengan berita bahawa paklang juga sudah pergi meninggalkan kami semua. Even saya tak berapa baik dengan arwah paklang, tetapi saya still sempat kenal arwah, rapat dengan arwah. Arwah tetap bapa saudara saya :'(
Ini bermakna saya bukan sahaja kehilangan seorang adik, malah seorang lelaki yang sudah dianggap sebagai ayah. Ya Allah, cukuplah semuanya ini. Aku tak sanggup nak hadapi dugaan seperti ini lagi. Betapa saya rindukan mereka, hanya Allah yang tahu :'(
Hmm, tetapi kita sebagai manusia tidak mampu membuat apa2. Kita perlu terima takdir yang ditentukan oleh Allah. Akak doakan adik aman di sana bersama dengan orang yang beriman. InsyaAllah. Sekarang saya hanya mampu berdoa supaya saya tidak kehilangan insan yang saya sayangi lagi. Cukuplah sekali terasa semua ini.
Ya Allah, aku bersyukur masih diberi.kesempatan untuk merasai nikmat2-Mu di dunia ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Semoga hari2 aku yang akan datang merupakan hari2 yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Saya rasa itu sahaja buat masa ni. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang. Yang menentukannya hanyalah Allah :')
0 comments:
Post a Comment