Assalamualaikum semua :D
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita masih diberi kesempatan untuk menikmati segala pemberianNya.
Ya Allah, dah lama rasanya Ama tak update blog ni. Jadi hari ni mari kita mulakan semula menulis blog ni. Hurm, topik apa ya yang ingin kita bentangkan?
Haa! Mari kita berkongsi cerita berkenaan bulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan :D
Ramadhan.
Rasanya semua orang tahu bulan Ramadhan ni bulan apa kan?
Ya, bulan penuh barakah.
Alhamdulillah, lagi berapa hari sahaja lagi kita berpuasa.
Adakah kita sudah bersedia meninggalkan bulan yang mulia ini? Pastinya tidak.
Rasanya macam baru semalam bermula hari puasa yang pertama.
Pejam celik pejam celik tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi.
Jadi, hamba Allah semua yang disayangi Allah.
Marilah kita beramai-ramai bermunajat kepada Allah di akhir bulan Ramadhan ini.
Sama-sama kita mencari malam Lailatul Qadar. Semoga saya dan anda semua berkesempatan untuk menemuinya :)
Kesempatan ini juga, sama-sama kita saling memohon maaf sesama kita. Minta maaf tidak bermaksud anda bersalah, tetapi meminta maaf atas sebab ia sesuatu perbuatan yang sangat mulia. Di samping itu, boleh mengeratkan lagi silaturahim antara kita ;)
Yang berjauhan dengan keluarga tu bolehlah mesej ke, call ke ataupun apa-apa cara lain yang boleh menghubungkan kita dengan keluarga. Minta maaf dengan kawan-kawan, minta halalkan segalanya, dan paling penting minta keampunan dari Allah :)
Hamba Allah yang dikasihi Allah sekalian.
Allah itu Maha Menunaikan JanjiNya, jadi jangan berasa segan atau takut untuk terus meminta keampunan dari Allah. Allah menerima hambaNya seadanya. Ama faham setengah orang pasti akan berasa risau jikalau taubatnya tidak diterima atau layakkah aku meminta keampunan dari Allah atas segala yang telah aku lakukan?
Allah itu Maha Mengasihi lagi Maha Pengampun. Allah ampunkan dosa hambaNya yang bersungguh bertaubat kepadaNya. Jadi, usah gentar lagi untuk meminta keampunan dari Allah. Teruskan dengan niat murnimu menuju jalanNya yang diredhai. Insya Allah, rebutlah peluang selagi ia masih ada. Anggap la ini adalah Ramadhan terakhir buat aku. Semoga kita terus beristiqamah dalam mengerjakan ibadahNya. Andai panjang umur, kita berjumpa Ramadhan yang akan datang.
Teruskan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya pintu taubat sering terbuka. Hanya tinggal kita sahaja meminta dariNya. Buat anda yang disayangi Allah, jangan lupakan doakan buat keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan diri sendiri serta diri saya juga :) Insya Allah, malaikat akan mendoakan perkara yang sama ke atasmu.
