Ya Allah, tolong sampaikan pada si dia pesanan ku ini.
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.
Tolong beritahu si dia Cinta agung adalah CintaNya.
Tolong beritahu si dia Cinta manusia akan membuatnya alpa.
Tolong nasihatinya jangan mencintaiku lebih dari mencintai Yang Maha Esa.
Tolong nasihatinya jangan mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa.
Tolong nasihatinya jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibu dan bapanya.
Tolong katakan padanya dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga.
Tolong katakan padanya dahulukan ibubapanya jika ingin mendapat tempat di Syurga.
Tolong ingatkan si dia aku terpikat padanya kerana imannya, bukan rupa.
Tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan Zuhudnya, bukan harta.
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.
Tolong tegurnya bila dia mula mengagungkan cinta manusia.
Tolong tegurnya bila dia mula tenggelam dalam angan-angan.
Tolong tegurnya andai nafsu mengawal fikirannya.
Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa.
Tolong sedarkan si dia aku masih kepunyaan keluarga.
Tolong sedarkan si dia aku bertanggungjawab besar pada keluarga.
Tolong sabarkan si dia usah ucapkan Cinta di kala Cita-cita belum terlaksana.
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan Cinta.
Tolong sabarkan si dia andai jarak menjadi penyebab rindunya.
Tolong pesan padanya aku tak mahu menjadi fitnah besar buatnya.
Tolong pesan padanya aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Maha Esa menjaganya.
Tolong khabarkan padanya aku tak mahu melekakan dia.
Tolong khabarkan padanya aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.
Tolong khabarkan padanya jadilah penyokong dalam kejayaannya.
Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta yang suci dan berjaya.
Tolong sampaikan pada si dia cinta kepada Allah tak ternilai harganya.
Tolong sampaikan pada si dia hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Allah.
Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri.
Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui siapa sebenarnya si dia. Semoga pesananku ini sampai kepadanya walaupun aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia berada. Semoga, dia seekor kumbang yang sentiasa memuji KeagunganMu, memasuki taman larangan yang berkunci, dengan sopan santunnya dan bertemu Mawar berduri yang di jaga oleh tuannya. Simpanlah pesananku ini sehingga kau bertemu dengan diriku suatu hari nanti. Insya Allah, andai umur masih panjang.
p/s : Jadikan iktibar dan muhasabah buat diri masing2. Saya tidak tahu siapa yang mencipta doa ini tetapi saya tahu ia dapat memberi manfaat buat mereka yang mencari cinta Syurga. Semoga Allah memakbulkan doamu :)
