Thursday, 3 July 2014

Plkn? Awesome !! Part 2

Assalamualaikum. Morning guys :). Alhamdulillah puasa yang ke 6 dah kita. Dan hari juga hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan tahun ini. Marilah kita menadah tangan mengucap syukur kepada Allah S.W.T ;).

Hari ni saya nak sambung balik cerita tentang pengalaman saya selama tidak sampai tiga bulan di plkn. Jadi saya mulakan dengan masa pendaftaran di Kem Karisma itu. Sudah sahaja kami sampai di dewan makan yang tidak berapa indah tetapi  nampak gah di mata kami, yang kelihatan di situ hanyalah beberapa orang berpakaian uniform seperti polis dan sebagainya. Hati saya mula tertanya-tanya. Siapakah mereka? Ada juga di kalangan mereka tertulis 'Jurulatih' di baju mereka. Dan saya hanya meneka, mungkin mereka yang akan melatih kami.

Pada sesi pendaftaran, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah. Selesai sahaja saya menghantar semua borang. Saya diberikan kompeni dan dorm di mana saya ditempatkan. Saya mendapat kompeni Alpha dan ditempatkan di dorm Alpha 3. Saya mula berfikir, siapalah kawan-kawan saya nanti. Saya mula mendaftarkan diri di tempat yang disediakan. Guru yang membantu saya ketika itu adalah Cikgu Fiza, yang juga merupakan guru kompeni Alpha merangkap mentor dorm A3. Mulanya saya memikirkan saya mendapat seorang guru yang sangat garang, ternyata tidak. Cikgu Fiza merupakan guru yang sangat sporting dan memahami kami. Sesudah sesi pendaftaran, kami di berikan pinggan dan cawan mengikut warna kompeni. Lalu pemeriksaan beg dibuat. Alhamdulillah selesai semuanya.

Kemudian kami di bawa ke dorm masing-masing. Dorm saya paling dekat dengan pintu utama wirawati dan paling jauh dengan surau. Masuk sahaja ke dalam dorm, masih tiada apa. Kosong. Dan saya ketahui bahawa terdapat beberapa orang lain yang sudah datang sehari awal daripada kami. Kemudian masuk dua orang yang saya tidak kenali. Maka, sesi pengenalan diri pun bermula. Ahli dorm saya di ketuai oleh Shafiqah Fitri. Penolong kami Siti Khadijah, dan ahli yang lain terdiri daripada Fadhilah, Aiman, Aina, Hidayah, Yamuna, Ng Kahyi dan uniknya kami ada kakak senior yang berumur 20 tahun iaitu Kak Tan.

Saat mengenali mereka, memang menyeronokkan. Tidak saya sangka akan mendapat kawan yang sama gilanya dengan saya. Dan hari saya bagaikan tiada lagi kesedihan sepanjang di sana. Semuanya berjalan dengan lancar. Pergi solat bersama. Makan bersama. Lepak malam bersama. Menyanyi dalam bilik air bersama. Membuat kecoh. Kemas. Mencantikkan dorm. Semuanya bersama-sama. Mereka sangat gila dan sporting. Bersyukur kerana ditempat dengan kawan-kawan sebegitu. Lebih-lebih lagi, sekali pun kami tak pernah bergaduh.

Hurm. Okeylah. Rasanya sampai di sini sahaja dahulu. Kita sambung nanti ye kawan-kawan. Assalamualaikum ^^

Wednesday, 2 July 2014

Plkn? Awesome !! Part 1

Assalammualaikum dan selamat pagi dunia. Alhamdulillah, kita masih bernafas pada hari ini dan dapat menjalani ibadah puasa hari yang ke 5. Bersyukur pada Allah S.W.T.

Pada pagi yang indah ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman saya selama saya berada di plkn dalam masa tidak sampai 3 bulan. Pada mula2 sekali saya dapat tahu saya dipilih untuk menyertai program latihan khidmat negara ni, berbagai perasaan yang saya rasa. Takut, sedih, gelisah, dan pada masa yang sama sedikit teruja. Saya dapat pula kump 1. Saya menangis sepuas puasnya. Sedangkan saya tahu dengan saya menangis pun tetap tidak boleh ubah segalanya. Perasaan saya sangat2 sedih, apatah lagi setelah mendapat tahu bahawa tiada seorang pun daripada kawan sekelas saya yang dapat kump 1 bersama saya.

Saya mula bayangkan pelbagai perkara ketika disana. Hurm. Tetapi atas dorongan dan sokongan dari ahli keluarga sedikit sebanyak membantu saya untuk menempuhi segalanya. Saya mula berfikir positif dan mungkin ada hikmah saya dipilih untuk sertai plkn ini. Beberapa hari kemudian, surat pun sampai dan ini bermakna ia sebuah realiti. Realiti yang membuatkan saya tidak dapat lari darinya. Segala persiapan dilakukan. Perasaan saya tetap sama. Sama ada suka atau tidak suka. Saya sendiri kurang pasti.

Kini, harinya pun tiba. Saya ditempatkan di plkn Karisma, Kuala Pilah. Pertamanya saya bersyukur kerana tidak jauh dari keluarga. Keduanya saya sedikit gentar, kerana plkn Karisma jauh terperosok di dalam hutan. Pada hari itu, saya diminta menaiki bas dari Stadium Paroi. Di saat meninggalkan keluarga, sedihnya tak terhingga walaupun hanya untuk tiga bulan sahaja. Tetapi, saya kuatkan semangat. Saya sabar dan anggap ini semua perkara biasa.

Sebelum bertolak lagi saya dah jumpa seorang sahabat. Saya bukanlah seorang yang berani menegur orang terlebih dahulu. Tetapi mama saya berpesan supaya berani untuk mencari sahabat. Saya cuba dan saya berjaya. Di saat bas mula meninggalkan ibu bapa yang ada di situ. Pelbagai reaksi yang saya jumpa. Ada yang masih menangis. Ada juga yang tidak mahu naik ke dalam bas. Saya hanya mampu melambaikan tangan. Dan saya bisikkan di dalam hati saya yang ini semua tidak lama. Hanya untuk tiga bulan. Dan itupun tidak sampai tiga bulan.

Perjalanan untuk ke plkn Karisma terasa begitu lama. Sedangkan hati masih lagi berdebar debar. Yang saya lihat di kiri kanan saya hanyalah pokok pokok. Tiada apa. Saya mula rasa sedih. Nak tidur, tak boleh pula. Nak berbual bual, dengan siapa pula. Saya hanya memerhati kiri kanan saya sambil cuba mengingati jalan ke sana. Tidak lama kemudian, kami pun sampai. Pertama kali melihat kawasan Karisma. Tiada apa yang dapat saya gambarkan. Ia seperti sebuah tempat yang tidak pernah saya lihat. Ada kawasan lapang. Ada tasik. Ada dewan besar. Saya mula berfikir. Ini apa? Itu apa? Untuk apa?

Jadi, mahu tahu apa yang berlaku seterusnya? Saya akan sambung cerita ini. Semoga anda terhibur :)

 

NUR AMALINA ZAINI Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates