Assalamualaikum. Selamat pagi dunia. Alhamdulillah. Pagi yang indah. Bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Walaupun ia merupakan pagi yang indah, tetapi hatiku tidak seindah dunia ini. Sudah acapkali aku merasa begini. Aku dah terbiasa untuk menghadapi saat2 kehilangan orang tersayang. Sekali lagi. Ia berlaku. Ya Allah, Kau Maha Berkuasa. Aku tahu ini semua atas kehendakNya. Dan aku redha.
Ya Allah. Setelah kau ambil mereka. Kau mengajar aku erti kesabaran dalam menempuhi dugaan ini. Aku seorang yang jahil dan kejam kerana tidak mahu menerima takdir. Maafkan aku Ya Allah. Aku sanggup melakukan apa sahaja. Asalkan hati aku tidak merasa luka lagi. Cukuplah Ya Allah. Cukuplah sampai disini sahaja. Kau ambil la aku dahulu sebelum mereka yang aku sayang. Aku tak kuat untuk melalui setiap perjalanan hidup aku ini.
Aku faham. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Tetapi aku tidak bersedia menerima hakikat akan kehilangan lagi seorang insan yang tersayang. Kau tempatkan mereka di tempat orang2 yang beriman. Kasihinilah mereka. Ya Allah. Ini semua pasti ada hikmahnya. Kan? Aku cuba untuk tidak terus menyalahi takdir. Tetapi apakan daya. Aku manusia biasa. Aku lemah dihadapanMu. Aku tak mampu nak terus menjalani hidup tanpa orang yang tersayang.
Aku mohon Ya Allah. Maafkan aku. Maafkan segala salah silap yang telah aku lakukan. Aku perlukan ketenangan. Aku perlukan kedamaian. Sekarang aku faham. Allah sangat Adil mengatur hidup manusia. Allah tahu yang terbaik untuk mereka. Allah sayangkan kita. Tapi kita? Sekali lagi maafkan aku Ya Allah. Aku bersyukur kerana kau sempat menyedarkan aku akan kesalahanku. Terima Kasih Ya Rahman :')
